MAGGA serah insentif kepada empat pasukan Oleh Staff Writer 13 Mei 2019

Persatuan Gimnastik Kumpulan Estetik Malaysia (MAGGA) menyerahkan insentif berjumlah RM5,600 buat 28 atlet dan barisan kejurulatihan daripada empat kumpulan sebagai penghargaan di atas kejayaan meraih dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa dalam Piala Dunia Kumpulan Sukan Estetik di Singapura, bulan lalu.

Pasukan Total Gym Lilies, yang menyertai acara remaja dan ‘hummingbird’ bagi kategori umur 8-10 tanun, berjaya merangkul pingat emas dalam kedua-dua acara manakala kumpulan TG Ixora mengungguli dua pingat perak bagi kategori umur 12-14 tahun.

Pink Clubs Diamond pula meraih pingat gangsa dalam acara empat benua kategori umur 8-10 tahun.

Berdasarkan kejayaan itu, MAGGA meluahkan hasrat untuk membida hak sebagai tuan rumah Piala Dunia Gimnastik Estetik 2020.

Untuk laporan terperinci, ikuti Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.

| STADIUM ASTRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *