Perniagaan Industri sukan rugi RM3b

Kuala Lumpur: Perniagaan dalam industry sukan kini berdepan krisis kewangan tenat susulan pandemic Covid-19 dan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).
Presiden Persatuan Alat Sukan Malaysia (MASGA), Datuk Radha Krishnan berkata, industry sukan ketika ini berdepan kerugian RM3 bilion dan jumlah itu dijanka terus meningkat jika pertandingan sukan masih tidak boleh dianjurkan.
Katanya nilai pasaran industri sukan di Malaysia dianggarkan lebih RM10 bilion dan itu hanya bagi segmen peruncitan, penajaan dan perniagaan.
Rata-rata pemain dalam industry sukan ini mengalami penurunan jualan sehingga 70 peratus dan perniagaan sebahagian usahawan jatuh teruk sehingga ada yang menutup operasi khususnya yang menawarkan produk pakaian sukan.
“Secara tidak langsung ia membimbangkan lebih 20,000 pekerja dalam industri sukan termasuk jurulatih, ahli sukan serta mereka yang terbabit dalam acara dan pelancongan sukan.
“Kami harap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengiktiraf industri sukan sebagai penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)”, katanya semalam.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL) berkata, sudah tiba masanya KBS terbabit secara serius demi memastikan pemain industry dapat menangani krisis pascaCovid-19.
“Kami syorkan pembabitan KBS dalam industry ini dan mewujudkan secretariat tetap serta melantik professional berpengalaman dalam perniagaan industry sukan untuk memimpin.
“Sejak 10 tahun lalu, kami cadangkan penubuhan sekrtariat kepada KBS dan diharap ini masa sesuai kerana jika kementerian tidak campur tangan, industry ini terus tenat dan tidak mampu bertahan.

Harian Metro –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *